EHH FOOD INDUSTRY SDN BHD ialah sebuah syarikat pengeluar makanan khusus dalam pembuatan dan pengeluaran Mee, Koay Teow dan Tauhu. Sebagai sebuah syarikat yang amat mementingkan kualiti, kami amat menitikberatkan aspek pengeluaran yang bersih dan berkualiti semenjak dari penubuhan syarikat ini iaitu pada tahun 1978. Hasilnya kami telah berjaya mengekalkan reputasi yang baik dan mempunyai rekod prestasi bagi penghasilan produk berkualiti yang tinggi bagi setiap produk kami.

Ia juga menjadi faktor utama syarikat semakin diyakini dan terus berkembang luas di pasaran. Disamping itu, kami juga komited untuk menjalin dan mengembangkan satu perhubungan yang baik bersama rakan-rakan strategik kami bagi menyediakan produk-produk dan perkhidmatan yang berkualiti yang dapat memenuhi kehendak dan juga persaingan dalam pasaran. Berbekalkan keyakinan yang tinggi terhadap prestasi besar didalam industri makanan, kami akan terus meneroka peluang-peluang yang ada bagi pertumbuhan yang lebih baik untuk masa akan datang. Bagi mencapai matlamat ini, kami telah melabur dengan menggunakan mesin yang lebih berteknologi dalam meningkatkan pengeluaran dan memaksimakan tahap daya saing kami.