Kami kini dalam proses bagi mendapatkan perakuan daripada GMP, HACCP, ISO 22000, MESTI, MALAYSIAN BRAND dan MALAYSIAN TRADE MARK. Bagi matlamat jangka panjang, kami akan terus mengukuhkan lagi kedudukan jenama kami di pasaran dan mengeluarkan rangkaian produk dan perkhidmatan yang lebih meluas bagi mengekalkan pertumbuhan yang mampan dalam perniagaan ini.